Sunday, January 14, 2007

AGLOCO - Perihal Syarikat

Saluran Media Maklumat
Pada Februari 1999, 4 orang lelaki telah duduk di belakang sebuah rumah di kampus Stanford (semua samada pelajar atau bekas pelajar Stanford) dan telah mereka konsep baru - Saluran Media Maklumat Online. Mereka sedar yang setiap individu pengguna di Internet, melalui tindakan dan maklumat yang mereka berikan (samada sedar atau tidak), sebenarnya mempunyai nilai yang amat besar. Tetapi tiada sebahagian pun dari nilai ini yang akhirnya memberikan faedah kepada individu itu sendiri.
Mereka juga sedar yang individu pengguna internet juga sebenarnya memiliki maklumat yang lebih tentang diri mereka, yang mana mereka mungkin sanggup berkongsi maklumat tersebut jika perkongsian tersebut membawa keuntungan dari segi kewangan kepada mereka, jika syarat seperti privasi dan keselamatan mereka terjaga. Mereka juga sedar yang banyak syarikat di luar sana yang sanggup membayar maklumat 'lebih' pengguna-pengguna ini. Tetapi tiada sistem yang dapat mempertemukan kedua-dua belah pihak.

AllAdvantage.com
Seterusnya, mereka melancarkan AllAdvantage.com dalam musim bunga 1999 di dalam usaha merpertemukan kedua belah pihak. Dengan memuatturun dan menggunakan AllAdvantage Viewbar, ahli secara efektif dapat 'menyewakan' sebahagian dari ruang skrin mereka dan juga data klikan sebagai tukaran kepada tunai.

Konsep 'dibayar sambil melayar' internet ini terbukti menjadi satu ledakan. Puluhan jutaan pengguna gembira untuk berkongsi sedikit data bukan peribadi mereka, dan berkongsi keuntungan yang dibuat di Internet, walaupun ini telah dipersoalkan di media masa ketika itu. Konsep ini juga terbukti sangat berjaya dalam menghasilkan pendapatan, sebagaiman dapat dilihat bahawa AllAdvantage.com menjana lebih banyak pendapatan di dalam 12bulan pertama operasi dan mana-mana syarikat konsumer/pengiklanan internet dalam sejarah.

Akhirnya, dan sedihnya ianya berlaku agak cepat, AllAdvantage.com gagal sebagai sebuah syarikat, kerana ia terlalu bergantung kepada pembiayan modal hadapan, dan pertambahan ahli jelas terlalu cepat berbanding pertambahan aliran wang masuk. Pendek kata, mereka menambah keahlian dalam kelajuan 'Internet' tetapi menjual iklan (sumber utama pendapatan) dengan kelajuan biasa. Model AllAdvantage mula membayar ahli sebaik sahaja mereka menggunakan ViewBar, tetapi sebenarnya masa diperlukan untuk menunggu wang tersebut masuk ke dalam akaun AllAdvantage.

Dengan kejatuhan pasaran iklan online dan pasaran pembiayaan Internet pada 2000/01, pendapatan dari perniagaan tidak dapat menampung peningkatan ahli yang mendadak (bereti peningkatan jumlah penggunaan ViewBar). Akhirnya AllAdvantage terpaksa menutup perniagaan mereka, walaupun jumlah ahli semakin bertambah.

Walaupun AllAdvantage tidak dapat meneruskan perniagaan, mreka sebenarnya berjaya memenuhi apa yang mereka janjikan. AllAdvantage telah membayar lebih dari USD100 juta dalam bentuk cek kepada ahlinya, dan pengiklan telah menghantar iklan mereka kepada pelanggan berpotensi yang bertepatan.

Syarikat mungkin gagal, tetapi idea ini tidak...…

Di mana kita sekarang?
Selepas tergendala sekitar tahun 2001/02, pasaran iklan online sekarang adalah jauh lebih besar dari dulu. Syarkat seperti Google dan Yahoo cuba meyakinkan pengguna mereka untuk memuat turun 'ToolBar' ( macam pernah dengar, tapi di mana ya?) untuk mengumpul lebih maklumat berkenaan pengguna mereka. Semua maklumat ini - dan syarikat yang mengumpulkannya - sekarang bernilai jauh lebih tinggi. Malangnya individu pengguna masih tiada cara efektif untuk mendapatkan 'nilai' yang telah mereka hasilkan.

YouTube telah dibeli oleh Google pada Oktober 2006 dengan harga USD 1.65 billion. Kisah bagaimana 3 orang lelaki menghasilkan jutaan dolar dalam setahn merupakan sebuah kisah kejayaan usahawan yang amat hebat. Tetapi apa terjadi kepada pengguna pertama yang menghantar video mereka ke laman ini, dan kemudiannya memberitahu rakan mereka untuk melakukan perkara yang sama. Kita tidak mendengar apa pun tentang mereka ini, kerena mereka tidak mendapat apa pun kecuali penyimpanan video percuma. Bukankah mereka ini yang sebenarny banyak membantu YouTube dalam menjadi syarikat berbillion dolar. Memanglah laman ini menarik dan pembinanya seharusnya layak menerima kredit, tetapi penggunalah yang sebenarnya menjadikannya bernilai. Terdapat banyak laman video, jadi jika bukan YouTube, pasti ada laman lain yang akan mengisi tempatnya, menjadi nama terkenal dan kemudiannya dibeli denga harga tinggi.

Kami bukan nak menghentam YouTube (sebenarnya kami suka gunakan YouTube). Bagaimana pula pengguna terawal Skype? Mereka yang mula mula memuat turun perisian itu, membuat panggilan kepada rakan mereka di negara lain, dan kemudiannya menyuruh saudara mara dan rakan mereka menggunakan Skype? Mereka tidak menerima barang satu sen pun dari USD2.6 billion yang eBay bayar untuk membeli syarikat itu pada September 2005. Dan MySpace? Berapa juta ahli MySpace? Apa yang mereka terima bila News Corp membeli MySpace denga nilai hampir USD600 juta. Pada hal, bila Rupert Murdoch memberli laman tersebut, dia sebenarnya mahukan ahli-ahli MySpace.

Apa yang kami ingin tekankan di sini ialah terdapat banyak rangkaian sosial di luar sana, tetapi sebenarnya ahli-ahlinyalah yang menjadikan rangkaian ini bernilai. Malangnya, mereka tidak mendapat sebarang nilai kewangan dari perkara ini.

kami boleh terus bercerita lagi. Tetapi jalan ceritanay sama sahaja. Pengguna bernilai. Membina sistem di mana pengguna ini boleh berkongsi keuntungan adalah langkah besar seterusnya. Kami memanggilnya Jaringan Ekonomi. Orang lain memanggilnya Koperasi Komuniti Online Global. Idea ini besar. Dan ianya mula berlaku sekarang.

AGLOCO
Kami memngasaskan AGLOCO di sebuah kedai kopi berhampiran kampus Stanford. Kami duduk bersama sekumpulan pelajar Stanford untuk mereka generasi seterusnya perniagaan Internet dengan menggunakan saluran media maklumat online sebagai satu blok asas.

Kami memutuskan kami mahu membina jaringan ekonomi yang membolehkan individu di Internet berkongsi keuntungan yang terhasil dari tindakan dan data mereka. AGLOCO lebig dari hanya sebuah laman dan bukan setakat sebuah syarikat dengan viewbarnya. Ia adalah sebuah entiti yang menjalinkan pengguna, maklumat mereka dan juga rakan mereka bersama utnuk membentuk sesuatu yang lebih besar.

Seperti semua rankaian lain (dari Internet sendiri, kepada MySpace), ianya bertambah kuat jika ianya bertambah besar. AGLOCO dengan 1000 atau 10,000 keahlian tidak dipandang. Tetapi AGLOCO dengan 1 juta atau 10 juta keahlian mula menjadi penting. Ianya penting kerana ia mengubah hubungan syarikat-pengguna dan mengubah cara setiap orang berfikir tentang pengalaman online mereka.

Kenapa Ia Akan Berjaya?
AGLOCO akan berjaya kerana kesan rangkaian akan berjalan dan membesar dengan sendirinya. Ia bertambah kuat dengan pertambahan saiz. Dengan lebih ramai ahli dan aliran tunai yang lebih kukuh, keuntungan setiap ahli akan bertambah - dan ini hanya akan menarik lebih ramai ahli dan kemudiannya aliran tunai yang lebih baik. Insentif untuk mendaftar awal dan memberitahu rakan lain adalah besar, kerana ahli terawal yang membantu membina jaringan ini akan mendapat faedah terbesar.

Ahli-ahli Memiliki Syarikat Ini
Ya benar - 100% dari syarikat ini dimiliki ahlinya. Pengguna menjadikan idea yang baik berharga. Idea yang baik memang bagus, tapi tanpa ahli, ianya akan tinggal sebagai idea. Setiap keputusan diambil dibuat dengan memikirkan yang terbaik untuk ahli dalam jangka masa panjang. Ianya cara baru berfikir, tetapi ianya akan berjaya kerana kita semua terlibat bersama. Jadi, bagaimana pula kami membuat pendapatan?

Kami Memiliki Syarikat Pengurusan
Pekerja dan pelabur memiliki syarikat pengurusan. Syarikat ini mengutip 10% dari pendapatan AGLOCO (sama seperti Tom Cruise membayar ejennya). Ini seharusnya cukup untuk menarik ahli pasukan yang amat berkebolehan yang diperlukan AGLOCO untuk memaksimakan keuntungan ahli.

Kepercayan Adalah Segala-galanya.
Hilang kepercayaan, maka jaringan ini akan musnah. kami bekerja untuk ahli dan dalam setiap perkara yang kami lakukan, kami harus ingat perkara ini. Ahli kami tahu apa yang kami lakukan dengan data mereka untuk kebaikan mereka.

Tiada Kos Untuk Ahli - Selama-lamanya
AGLOCO tidak akan mengenakan walau satu sen pun kepada ahli-ahlinya. Tanya kepada mereka yang pernah mendaftar untuk AllAdvantage berapa yang mereka perlu bayar, pasti yang keluar jawapannya ialah berapa yang telah masuk ke dalam poket mereka, bukan yang keluar dari poket mereka.

Privasi AMAT Penting
Tiada spam, tiada pop-up, tiada penjualan maklumat, tiada email dari mereka yang tidak dikenali dan tiada penipuan. Rekod kami adalah hakmilik awam, tiada kos tersembunyi. Potensi pulangan kepada ahli amat tinggi, manakala risikonya rendah. Bersabarlah. Manusia biasanya mahukan sesuatu itu cepat. Kami juga begitu. Tetapi perkara sebegini mengambil masa. Perlu masa, wang dan pekerja untuk membina semuanya, dan kami akan terus berusaha sampai ke tahap itu.
Anda boleh membantu mempercepatkan proses dengan bercerita tentang AGLOCO. Ini syarikat anda. Bergembiralah...
Join AGLOCO now